Naruhito, Putera Mahkota Jepun

YTA Maharaja Jepun
YTA Maharani JepunYTM Putera Hitachi
YTM Putera Mikasa
YTM Puteri MikasaKebawah Duli Yang Maha Mulia Maharaja Naruhito (徳仁, keputeraan 23 Februari 1960) ialah Maharaja Jepun. Baginda menaiki Takhta Bunga Kekwa pada 1 Mei 2019, berikutan penurunan takhta paduka ayahandanya, Maharaja Emiritus Akihito, pada 30 April 2019, bermulanya Zaman Reiwa. Menurut susunan pewarisan tradisional Jepun, baginda ialah ahli ke-126 dalam dinasti yang tertua memerintah di dunia. Baginda ialah maharaja Jepun pertama yang diputerakan selepas Perang Dunia II.